Piagam , Matlamat dan Falsafah

PIAGAM SMK BUKIT BANDARAYA

Kami warga SMK Bukit Bandaraya :
Berakhlak mulia , cerdas dan berketrampilan.
Suasana pendidikan sekolah yang kondusif , harmoni dan selamat .
SMK Bukit Bandaraya sebagai wadah menjana ilmu untuk menghadapi dan melayan tetamu dengan mesra .




MATLAMAT SMK BUKIT BANDARAYA

  • Meningkatkan prestasi akademik dalam semua mata pelajaran dan menyedarkan pelajar-pelajar tentang hubungkait pelajaran dengan kerjaya dan kehidupan masa depan mereka.
  • Meningkatkan akhlak-akhlak pelajar-pelajar dengan amalan nilai-nilai murni supaya terbentuk generasi pelajar yang berdisiplin tinggi , berhemah tinggi dan bermaruah .
  • Mewujudkan suasana harmoni melalui pemupukan budaya kebersihan , tolong-menolong dan penyayang dan budaya kerja yang cemerlang dalam kalangan pelajar dan guru .

FALSAFAH SMK BUKIT BANDARAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bandaraya mempunyai guru-guru yang berdedikasi , bertanggungjawab dan sentiasa bersedia membimbing pelajar-pelajar yang berkemampuan menerima pendidikan yang boleh mengembangkan potensi rohani , intelek , sosial dan berkemampuan membentuk amalan yang sihat bagi mencapai budaya ilmu dan budaya membaca selaras dengan falsafah pendidikan negara .

Dalam mencapai cita-cita falsafah sekolah ini , pihak sekolah telah menetapkan dasar berikut kepada segala usaha yang dijalankan :

i)  Bahawasanya pelajar-pelajar yang belajar di SMK Bukit Bandaraya mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani-nya . Dengan ini , peluang seluas-luasnya akan diberi kepada mereka .

ii) Bahawasanya pelajar-pelajar SMK Bukit Bandaraya pada asasnya adalah bersifat baik lagi mulia . Lantaran itu , setiap pelajar walau bagaimana bermasalah sekalipun mempunyai kemungkinan untuk dipulih jika seluas-luas peluang dan setinggi-tinggi simpati diberikan kepadanya untuk menjadi baik .

iii) Bahawasanya pelajar-pelajar di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai sifat bergaul , bekerjasama dan berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu lapangan jika mereka diberi peluang menyertainya secara lebih aktif .

iv)  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas untuk memberi pendidikan yang sempurna dan bermutu tinggi bagi memajukan pelajaran dan budi pekerti pelajar-pelajar di sekolah ini .

v)  Bahawasanya pendidik-pendidik di SMK Bukit Bandaraya ini berkeupayaan memberi bimbingan dan galakan kepada setiap pelajar supaya dapat bergaul dalam suatu suasana toleransi antara satu sama lain dan dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat serta melatih sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar - pelajar .



SUMBER MAKLUMAT : MUTIARA BANDARAYA EDISI KE 20 & KE 21 .